MAHKAMAH TINGGI PERLIS DIKETUAI OLEH SEORANG TIMBALAN PENDAFTAR L48
BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
- Menjalankan tugas pentadbiran am bagi setiap bahagian Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
- Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
- Mengawal selia disiplin kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:
- Bahagian Guaman Sivil
- Bahagian Rayuan Sivil
- Bahjagian Saman Pemula
- Bahagian Perceraian
- Bahagian Rujukan Pengambilan Tanah
- Bahagian Kebankrapan
- Bahagian Pelaksanaan
- Bahagian Surat Kuasa Wakil
- Bahagian Surat Kuasa Mentadbir/Probet
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi bahagian sivil.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.
BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Jenayah di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan dan lantikan peguam-peguam lantikan.
- Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017.
- Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen Jenayah dan Majistret Jenayah).
- Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global bagi Mahkamah Tinggi Jenayah Kangar.
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.