Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rendah
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baharu.
- Meluluskan semua kes Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Daftar kes rayuan Mahkamah Sesyen dan sedia rekod rayuan.
- Daftar kes berkaitan kes jenayah, dadah dan permohonan jenayah.
- Mengeluarkan OTP untuk kes-kes yang tidak dijamin.
- Proses surat menyurat berkaitan kes yang difailkan oleh pihak peguam dan jabatan.
- Menyimpan dan mengembalikan cagaran jaminan bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang dijamin.
- Menyenggara buku kausa kes rayuan
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
- Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
- Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baharu.
- Mencari dan memproses fail-fail manual.
UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH
- Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
- Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
- Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
- Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Selangor bagi urusan reman di bawah Sek 117 KAJ, Sek 259 KAJ, Sek 334 KAJ dan APD dan jadual bertugas kerana bagi urusan reman.
- Daftar kes rayuan Mahkamah Majistret dan sedia rekod rayuan.
- Daftar kes berkaitan kes jenayah, dadah, permohonan jenayah dan kes kanak-kanak.
- Mengeluarkan OTP untuk kes-kes yang tidak dijamin.
- Proses surat menyurat berkaitan kes yang difailkan oleh pihak peguam dan jabatan.
- Menyimpan dan mengembalikan cagaran jaminan bagi kes-kes Mahkamah Majistret yang dijamin.
- Menyenggara buku kausa kes rayuan.