Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Portal Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Perlis. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpah kurnia dan rahmatnya, dapat kita bersua secara maya di Portal Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Perlis.

Pertama-tamanya, saya amat berbesar hati dan mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung Portal Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Perlis.  Pada kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Portal Laman Web Rasmi Mahkamah Negeri Perlis yang sentiasa berusaha menambahbaik laman web rasmi ini dari semasa ke semasa dengan megambil kira trend semasa dan perkembangan terkini.

Saya berharap segala maklumat dan liputan aktiviti di Mahkamah Negeri Perlis yng dipaparkan dalam Portal ini akan dapat membantu pengunjung Portal dalam mencari carian maklumat yang diperlukan dan mengetahui aktiviti atau kegiatan Mahkamah Negeri Perlis.

Untuk makluman, Mahkamah Negeri Perlis adalah di bawah seliaan dan pentadbiran Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) yang bertanggungjawab menyelia, mentadbir dan melaksanakan fungsi institusi kehakiman di Malaysia berteraskan payung keadilan dan mengikut lunas undang-undang.

Justeru itu, Mahkamah Negeri Perlis di bawah PKPMP sentiasa mengambil pendekatan yang positif dan pelbagai usaha dan inisiatif bagi menjaga imej jabatan, pegawai dan kakitangan dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik, melaksanakan fungsi kehakiman secara menyeluruh, adil dan saksama serta memfokuskan keyakinan orang awam terhadap institusi badan kehakiman Negara.

Diharapkan Portal ini berfungsi untuk dijadikan salah satu platform yang terbaik untuk menghubungkan Mahkamah Negeri Perlis dengan semua pihak.

 

Sekian, terima kasih.