Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

MAHKAMAH TINGGI PERLIS DIKETUAI OLEH SEORANG TIMBALAN PENDAFTAR L48

BAHAGIAN PENTADBIRAN MAHKAMAH TINGGI

  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  • Menjalankan tugas pentadbiran am bagi setiap bahagian Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
  • Mendapatkan maklumbalas berkaitan keperluan logistik, inventori dan aset semasa bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
  • Mengawal selia disiplin kakitangan bagi setiap bahagian di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.

BAHAGIAN PENDAFTARAN SIVIL

  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes sivil di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes sivil yang didaftarkan di:
    • Bahagian Guaman Sivil
    • Bahagian Rayuan Sivil
    • Bahjagian Saman Pemula
    • Bahagian Perceraian
    • Bahagian Rujukan Pengambilan Tanah
    • Bahagian Kebankrapan
    • Bahagian Pelaksanaan
    • Bahagian Surat Kuasa Wakil
    • Bahagian Surat Kuasa Mentadbir/Probet
  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik bagi bahagian sivil.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.

BAHAGIAN PENDAFTARAN JENAYAH

  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Jenayah di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah yang didaftarkan dan lantikan peguam-peguam lantikan.
  • Bertanggungjawab mengawal selia perjalanan kes jenayah dan lantikan peguam-peguam lantikan Mahkamah untuk Orang Kena Tuduh dengan pertuduhan yang membawa hukuman mati mengikut Arahan Amalan Bil. 1 Tahun 2017.
  • Bertanggungjawab mengawal selia pendaftaran kes-kes Rayuan dari Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen Jenayah dan Majistret Jenayah).
  • Bertanggungjawab menyediakan Statistik Bulanan secara global bagi Mahkamah Tinggi Jenayah Kangar.
  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan dari Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dari masa ke semasa.