Warna Tema        
Saiz Tulisan -A A +A
 

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Sesyen Sivil yang baharu.
  • Meluluskan semua kes Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Sesyen.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH SESYEN JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Daftar kes rayuan Mahkamah Sesyen dan sedia rekod rayuan.
  • Daftar kes berkaitan kes jenayah, dadah dan permohonan jenayah.
  • Mengeluarkan OTP untuk kes-kes yang tidak dijamin.
  • Proses surat menyurat berkaitan kes yang difailkan oleh pihak peguam dan jabatan.
  • Menyimpan dan mengembalikan cagaran jaminan bagi kes-kes Mahkamah Sesyen yang dijamin.
  • Menyenggara buku kausa kes rayuan

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua draf/perintah bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua draf/penghakiman bersih bagi kes-kes Mahkamah Majistret Sivil.
  • Meluluskan semua kes Writ Distress dan Saman Penghutang Penghakiman dan Writ Pelaksanaan bagi Mahkamah Majistret.
  • Meluluskan pendaftaran kes-kes Mahkamah Majistret Sivil yang baharu.
  • Mencari dan memproses fail-fail manual.

UNIT PENDAFTARAN MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH

  • Mengawal selia kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen Jenayah.
  • Mengeluarkan Waran Menahan, Waran Geledah dan lain-lain permohonan daripada pihak berkuasa dan menandatangani Waran tangkap, Perintah, Perintah untuk mengemukakan, Saman, buku daftar dan lain-lain yang berkaitan termasuklah urusan jaminan bagi kes-kes tangkap.
  • Menandatangani dan meluluskan sepina untuk kehadiran saksi ke Mahkamah untuk perbicaraan.
  • Menguruskan Jadual Bertugas Majistret Selangor bagi urusan reman di bawah Sek 117 KAJ, Sek 259 KAJ, Sek 334 KAJ dan APD dan jadual bertugas kerana bagi urusan reman.
  • Daftar kes rayuan Mahkamah Majistret dan sedia rekod rayuan.
  • Daftar kes berkaitan kes jenayah, dadah, permohonan   jenayah dan kes kanak-kanak.
  • Mengeluarkan OTP untuk kes-kes yang tidak dijamin.
  • Proses surat menyurat berkaitan kes yang difailkan oleh pihak peguam dan jabatan.
  • Menyimpan dan mengembalikan cagaran jaminan bagi kes-kes Mahkamah Majistret yang dijamin.
  • Menyenggara buku kausa kes rayuan.